HI GUYS! HOPES ENJOYING MY HANDSOME BLOG:) WITH YOUR KINDLY CLICK FOLLOW BUTTON CAN? THANKS GUYS^^

Sunday, 2 February 2014

selamat datang!!!!



SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA AHLI BAHARU DALAM KELUARGA KITA Yuzlela SMOGA KELUAGRA KITA BERKEMBANG DAN DAPAT HIDUP DENGAN BAHAGIA DAN DIRAHMATI ALLAH SWT...TAHUN NI DAH KENNE STANBY 7 ANGPAU LAH UNTUK HARI RAYE...HIHI APE2 PON AKU HEPPY SEBAB FAMILY AKU SEMAKIN BERKEMBANG....SEMOGA BERTAMBAH RAHMAT KEPADA KELUARGA KAMI,,,
AMIN...

Saturday, 18 January 2014

yessss!!!

Alhamdulillah dapat pon bukak blog ni balik setelah sekian lame menyepi...AKU NI BUKANNYE ACTIVE pon dgn blog ni atleast aku boleh isi mase lapang dgn bnde2 mcmni...haaha papepon skang aku da ade laptop baru lagi la sng aku nk ber blog ni..hahaha aku pon xtaw nk share ape..aku cuma akn kongsikan ilmu utk korang yang cintaan ilmu yeww...

assalaualaikum.

Wednesday, 2 October 2013

Cara Dapatkan Balik Barang Yang Telah Dicuri

Salam sejahtera semua, aku kongsikan beberapa cara untuk mendapatkan balik barang yang telah dicuri. Cara ini merupakan cara islam dengan memohon daripada Allah SubhanaAllah Taala untuk menolong kita untuk mendapatkan barang yang telah hilang. Untuk mendapatkan kembali barang yang telah dicuri oleh pencuri, hendaklah membuat seperti berikut:
1. Anda mesti mengetahui barang yang telah dicuri oleh si pencuri.
2. Setelah anda mengetahui barang yang dicuri, barulah anda membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali.
3. Setelah membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali, anda hendaklah pula membaca Qulhu Allahu Ahad sebanyak 7 kali.
curi1 300x70 Cara Dapatkan Balik Barang Yang Telah Dicuri
4. Baca selawat Nabi 7 kali seperti dibawah ini.
curi2 Cara Dapatkan Balik Barang Yang Telah Dicuri
5. Bacakan: Ya Allah sebanyak 3 kali.
6. Bacakan ayat dibawah ini sebanyak 119 kali.
sifat038 Cara Dapatkan Balik Barang Yang Telah Dicuri
7. Kemudian ucapkan seperti berikut dalam doa:
“Ya Tuhanku, aku minta supaya dikembalikan barang (Nama tuan punya barang) yang telah dicuri secepat mungkin”.
Setelah anda lakukan mengikut cara-cara yang diterangkan diatas, InsyaAllah anda akan mendapat kembali barang yang telah dicuri.
Wasallam.
Doa dari CikGu Aliaazuan.
اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَا
 Ya Allah berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini, dan gantilah dengan yang lebih baik daripadanya..”
Seorg saudara ana penah dicuri wang oleh perompak. terus dia buat solat hajat, baca doa ni sbgai zikir sbnyak 1000x. tak smpat report polis pun, org kg dh buat tabung duit utk dia. Dgn izin Allah, Allah gnti blk duit dia 2 kali ganda drp yg kena curi tu…
Sorg kwn ana penah dicuri kreta kat sini, ana pun syor kat dia amalan yg sama.. tp slps buat, dia tetap report polis. Tak sampai smggu, polis jumpa kereta tu bersidai di tepi jln kat Perak..kunci masih ada tanpa sbrg kerosakan. Alhmdulillah dpt balik, smuanya dgn izin Allah. Yg penting kena yakin dgn amalan, insyaAllah Allah akan bantu.
Wallahu alam.

Tuesday, 1 October 2013

Cara Mudah Untuk Bangun Solat Subuh

Ramai golongan pekerja sangup bangun awal untuk pergi ke pejabat asalkan punch card tidak merah. Ramai pelajar mampu bangun awal demi mengelak terserempak dengan pengawas atau dimarahi cikgu disiplin. 
Tetapi kenapa masih ramai yang masih liat bangun solat Subuh? Motivasikan diri anda untuk lebih mudah dan bersemangat bangun solat Subuh tanpa sebarang alasan berdasarkan tip berikut:
1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t. dan berikanlah hak-hakNya. Niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya.
2.Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.
3. Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.
 4. Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh.
5. Carilah kawan yang baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama bangun awal dan solat Subuh.Jika berseorangan terasa lemah untuk mujahadah, bertemankan sesama beribadah dan melakukan ketaatan.
6. Latih diri untuk tidur mengikut sunnah Nabi s.a.w. seperti dengan tidur awal agar mudah bangun awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.
7. Elakkan makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi.Jauhilah juga minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah tidur malam yang seterusnya akan membawa kepada susah bangun pagi dan berkemungkinan terlepas solat Subuh.
8. Pasang penggera yang boleh mengejutkan anda bangun untuk solat Subuh.Tetapkan supaya penggera berbunyi beberapa minit sebelum azan Subuh.Sebaik sahaja bangun, cuba hayati azan Subuh terutamanya lafaz “solat itu lebih baik daripada tidur”. Kemudian bingkas dan lekas berwuduk bagi menunaikan solat Subuh.
9. Ajaklah orang lain bangun solat Subuh dan mulakanlah dengan diri sendiri dan keluarga.
10. Cuba hayati keindahan waktu pagi, kesegaran udaranya, kedinginan hawanya, kicauan burung, suasana yang damai daripada hiruk-pikuk, mutiara embun yang jernih dan sebagainya.Kemudian tanamlah tekad ingin menikmati lagi dengan selalu bangun awal dan solat Subuh awal waktu.
Selamat mencuba, semoga niat murni kita ini memperoleh keberkatan dan keredhaan oleh Nya. In Shaa Allah

9 Golongan Manusia Yang Solat Tidak Diterima Allah

9 Golongan Manusia Yang Solat Tidak Diterima Allah | Solat merupakan tiang agama bagi seseorang mukmin. Ibarat sebuah rumah, jika tiada tiang yang kukuh maka akan roboh lah rumah itu. Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Solat lah walau dimana sahaja kamu berada
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan ‘riba’.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.
Wallahualam.

Pernah minum dan makan 'pearl' didalam Bubble tea?

Wajib baca

Admin dah lame dengar pasal kes ni, tapi tak tau lah nak percaya o tak, tapi baru2 ni admin ade tengok kat berita yang kerajaan menghentikan kemasukkan dan penggunaan benda ini disebabkan penggunaan barang terlarang di dalam pembuatan dia. Admin ada google cari fakta2 tentang kes ini, Ni yang admin dapat, moga bermanfaat ye.



  1. Memakan pearl didalam buble tea adalah sama dengan memakan plastik kerana Pearl dibuat dari serbuk casava yang membawa kepada kerunan sianida.
  2. Protein Sekoi(Mullet) di tambah didalam ramuan pearl ini untuk menambah kekenyalan dan ketahanan pearl. Protein ini adalah sejenis bedak plastik and again, it is a plastik ok!!! Plastik tidak boleh dihadam oleh badan kita maka ia akan menjadi bahaya didalam tubuh badan kita.
  3. Menurut pakar2, terdapat banyak mineral berbahaya didalam penggunaan pearl ini antaranya plumbum, arsenik dan tembaga.
  4. Pengambilan berlebihan akan memberi pelbagai kesan kepada kesihatan kita seperti kerosakan buah pinggang dan sakit jantung.
  5. Bukan sekadar wujudnya karsinogen biphenyls aspolychlorinated, ada juga bahan lain seperti styrene, acetophenone dan brominated yang mana seharusnya bahan itu tidak ada dalam bahan makanan. Menurut pengkajinya, Manfred Moller bahan tersebut secara perlahan akan mengganggu kekebalan tubuh, gangguan sistem reproduksi, kerosakan sistem saraf dan kekacauan sistem endorkin.
  6. Menghisapnya melalui sedutan yang besar, bebola kenyal itu akan masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru. Atas faktor kesihatan, Jerman sudah mula memperingatkan masyarakat untuk menghindari produk itu.

Sunday, 29 September 2013

50 FAKTA TENTANG LELAKI YANG WANITA PERLU TAHU..

1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi.
2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat.
3-Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit.
4-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.
5-Apa kau sedang buat? “Atau” Kau sudah makan? “Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.
6- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi.
7-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.
8-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.
9-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.
10-Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.
11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. …Tak akan berani punya icon smile 50 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu
12-Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.
13-Lelaki menangis!!
14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah.
15-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.
16-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.
18-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.
19-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.
20-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis mereka sangat suka.
21-Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.
22-Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan.
23-Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.
24-Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka!
25-Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.
26-Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.
27-Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date)
28-Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda!
29-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.
30-Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.(fakta nie betul)
31-Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.
32-Kelemahan lelaki ialah di ‘atas’ lutut.
33-Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
34-Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka.
35-Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah memikirkan jalan keluar.
36-Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa benda.
37-Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain.
38-Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah.
39-Kebanyakan lelaki benci gay!
40-Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada menarik lelaki.
41-Lelaki sayang ibu mereka.
42-Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat.
43-Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan.
44-Apabila seorang gadis mengatakan “tidak”, seorang lelaki mendengar sebagai “cuba lagi”.
45-Lelaki tidak dapat menerima kenyataan “Diamlah” dengan begitu baik.
46-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas.
47-Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk mendapatkan beberapa bunga ros.
48-Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection.
49-Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama.
50-Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie)